Biji Lada Penyebab Penyakit Appendix. Cara Membuang Biji Lada Dalam Masakan.

Aku ni bukanlah doktor ataupun student perubatan. Cuma aku nak share dengan korang 1 info yang aku dapat tahu dari seorang tukang masak di hotel ketika aku menjadi kitchen helper di dapur hotel tempat aku kerja dulu.

Tukang masak tu bagi tahu kat aku, punca penyakit appandix ni adalah disebabkan kita memakan makanan yang mengandungi bahan-bahan yang susah untuk dihadam seperti biji lada, biji jambu, dan lain-lain lagi. Bila susah dihadam, tersekat kat usus kita, maka terjadinya penyakit appendix ni.

Biasanya dalam setiap masakan yang memerlukan bahan utamanya seperti lada kering, bila kita masak, biji-biji lada tu mesti ada. Tak kan setiap kali kita nak makan, mesti asing-asingkan setiap biji lada tu kan? Jenuh nak mengasingkannya ha.

Ok! Kepada ibu-ibu atau tukang-tukang masak yang baca ni, kalau nak masak menggunakan lada kering tu, biasanya korang akan potong dulu lada tu kecik-kecik untuk buang biji-biji lada kering tu kan? Tapi bila masak still ada kan?

Petuanya, sebelum hendak dimasak, terlebih dahulu kita akan rebus dahulu lada tu kan? Ketika lada kering tu direbus, campurkan 1 sudu besar minyak masak kedalam air rebusan lada kering tu. Ketika direbus tau! Tak perlu risau dan takut minyak tu meletup-meletup sebab kandungan air lebih banyak daripada minyak. Dijamin selamat! Kemudian setelah selesai lada tu direbus, angkat dan toskan sebelum diblender.

Nak tahu apa hasilnya? Ketika korang blender lada kering tu, biji-biji lada tu akan hancur sekali dan tak akan nampak lagi biji-biji lada tu. Cuba pulak korang rebus lada tu tak campur dengan 1 sudu minyak. Bila blender lada tu, biji tu tak kan hancur sekali.


Ok! Selamat mencuba kalian..

Share jika anda suka post ini. Terima Kasih! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...