Kegunaan 'Page Break' dalam Microsoft Word 2007

Biasa kalau korang buat assignment or paperwork, bila jumpa situasi macam gambar kat bawah ni, korang buat apa?


Mesti masih ada lagi antara korang yang akan mencari butang 'Enter' kat keyboard korang tu dan menekan dengan gigihnya sehingga ia pergi ke page baru kan?


Baiklah korang.. Untuk memastikan korang tak perlu risau lagi jari korang akan tercedera mahupun terseliuh lagi akibat menekan butang 'Enter' dengan gigihnya, silalah mencari binatang bernama 'Page Break' di tab menu 'Insert'.


Klik mouse pada ayat terakhir pada perenggan atas dan klik 'Page Break' tu untuk memisahkan perenggan atas dan perenggan seterusnya.

Just sharing... :-)

Share jika anda suka post ini. Terima Kasih! :D


Cara-cara Membuat Hyperlink Dalam Microsoft Power Point 2007

Kali ni aku nak buat tutorial sikit cara-cara untuk menggunakan hyperlink di dalam Microsoft Power Point 2007 bagi presentation korang tu gempak sikit dan membuat orang berkata "wow, canggih giler!" 

Aku buat contoh untuk 3 slide sahaja. Ikut langkah-langkat di bawah ni. Klik pada gambar untuk imej yang lagi besar dan jelas.


1. Contoh 3 slide yang aku gunakan :


2. Untuk memulakan proses hyperlink, sebagai contoh, aku gunakan slide pertama sebagai slide 'home' dimana di situ semua link akan diletakkan di situ. Sila lihat gambar dibawah. Aku buat contoh untuk linkkan slide pertama ni ke slide ketiga.
Langkah 1 : Highlightkan perkataan yang nak di'hyperlink'kan.
Langkah 2 : Klik 'insert'.
Langkah 3 : Pilih 'Hyperlink'.

3. Selepas klik hyperlink, secara automatik akan keluar satu windows seperti gambar di bawah :
Langkah 1 : Klik pada 'place in this document'.
Langkah 2 : Pilih slide yang korang nak linkkan (korang nak pergi bila klik pada perkataan 'klik untuk ke slide ketiga').
Langkah 3 : Klik OK.


4. Kemudian, setelah siap langkah-langkah diatas, sila pergi ke slide ketiga. Di slide ketiga :
Langkah 1 : Klik pada 'insert'.
Langkah 2 : Pilih 'shapes'.


5. Setelah klik 'shapes' seperti di gambar yang ke 4, cari action button 'Home' seperti gambar di bawah dan letak pada slide ketiga.


 6. Setelah action button 'Home' tu diletakkan pada slide ketiga, secara automatik akan keluar satu windows seperti dibawah :
Langkah 1 : Pilih 'slide...', dan akan keluar satu windows lagi.
Langkah 2 : Pilih slide 'home' korang (tempat korang letak link banyak-banyak tu), sebagai contoh 'slide pertama' adalah 'home' untuk slide aku ni.
Langkah 3 : Klik OK.
Langkah 4 : Klik OK lagi sekali.


Kemudian siap lah. Cuba korang try slide show korang tu menjadi atau tidak. Selamat mencuba! :-)





Share jika anda suka post ini. Terima Kasih! :D


Wedding Custom Album #2

Alhamdulillah, ini kali kedua aku buat kerja-kerja editing untuk album wedding dan telah siap sepenuhnya. Macam biasa perisian aku guna Adobe Photoshop. Tanpa menggunakan frame yang telah siap. Edit secara manual. Aku sebenarnya masih dalam proses belajar lagi. Komen dan kritikan daripada korang amat dialu-alukan. Bawah ni adalah contoh gambar-gambar yang siap diedit. Saiz gambar aku dah kecilkan daripada saiz gambar asal sebab takut berat dan lambat loading pulak nanti. Jom usha wedding custom album first time aku buat dulu. (Klik sini)









Usha sini juga :



Share jika anda suka post ini. Terima Kasih! :D


Cara memasukkan ayat Al-Quran dalam Microsoft Word 2007

Pada kebiasaannya, kalau kita copy dan paste ayat-ayat Al-Quran daripada internet, ayat-ayat itu akan menjadi terbalik susunannya. Untuk memudahkan kerja-kerja korang, korang hanya perlu memasang add-ins Al-Quran dalam Microsoft Word korang.

Untuk mendownload, sila klik :
Al-Quran in Microsoft Word 2007




CARA-CARA MENGINSTALL DAN MENGGUNAKANNYA

1. Selepas download, sila extract dahulu file zip tu. Right click dan klik pada Extract Here.



2. Selepas extract, akan keluar driver installer dia. Klik dan kemudian install sahaja. Klik next sehingga finish.


3. Selepas siap install, buka Microsoft Word korang, dan korang akan nampak ni :


4. Klik pada Quran tu.

5. Pilih surah dan ayat yang hendak dipilih dari ayat keberapa hingga ke berapa (s/d). Jika mahukan translation, tick pada translation.

Contoh (surah Al-Fatihah ayat 1 hingga 7 dengan terjemahan) :



Nota : Kalau nak transfer ke komputer lain atau print menggunakan komputer lain, komputer tersebut mestilah menginstall add-ins ini juga.




Share jika anda suka post ini. Terima Kasih! :D


La... Tu rupanya maksud APTB?

Sekarang macam trend pulak kat Facebook, ramai yang menggunakan akronim APTB. APTB? Apa tu APTB?

Aku mula-mula memang tak tau apa makna APTB tu. Nak tanya diorang, segan pulak. Nanti diorang cakap aku ni kuno la, tak up to date la. Hahahaha... Maka aku pun menggoogle la makna APTB tu untuk mencari jawapan. Rupa-rupanya APTB tu adalah akronim kepada APA PUN TAK BOLEH! La.. Itu rupanya makna APTB tu?

 

Tak up to date betul la aku ni. APTB! 




Share jika anda suka post ini. Terima Kasih! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...